Bicara Pendidik
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Solat ibadat menyihatkan insan

Go down

Solat ibadat menyihatkan insan Empty Solat ibadat menyihatkan insan

Post  TanSri Sun Sep 14, 2008 10:45 pm

KHIDMAT Pesanan Ringkas (SMS) dari Mekah memberitahu, umat Islam dari seluruh pelosok dunia yang berpegang dengan pelbagai mazhab tidak berganjak ketika solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat. Kata kenalan penulis yang sedang menunaikan umrah dan berpuasa sebulan di tanah suci: ‘‘Biasanya selepas 10 rakaat segelintir sahaja yang angkat kaki tetapi lebih ramai tunggu sampai 20 rakaat. Jemaah penuh sesak termasuk di dataran Masjidil Haram dan laluan hotel,’’.

Begitulah semangat umat Islam di Mekah pada bulan ini yang mengutamakan ibadat. Suasana ini dapat dilihat melalui siaran langsung sembahyang sunat tarawih dari tanah suci sama ada di TV1 atau TV9 . Benar kata kenalan itu, kebanyakan jemaah tidak berganjak, kecuali imam bertukar ganti.

Mengenai berbuka, kenalan itu memberitahu, kira-kira setengah jam sebelum waktu berbuka, kurma dan air zam-zam tersedia di atas hamparan plastik termasuk di dataran berhadapan Kaabah. Bagi yang tawaf, ada kumpulan petugas menghulurkan bungkusan kurma dan air zam-zam. Sebaik azan, mereka duduk mengelilingi Kaabah. Selepas beberapa minit berbuka, petugas membersih kawasan itu untuk membolehkan solat maghrib.

Selesai solat maghrib dan solat jenazah, ramai jemaah meneruskan tawaf Baitullah. Ada yang pulang ke hotel atau singgah di kedai untuk makan sementara masih ramai terus beribadah sehingga tiba waktu isyak.

‘‘Memang seronok dan penuh nikmat serta rahmat Allah dapat berbuka puasa di bulan Ramadan yang penuh berkat bersama berjuta umat Islam dari seluruh dunia yang mengerjakan umrah,’’ kata kenalan itu.

Jelaslah, berbuka puasa di tanah suci itu ringkas tetapi mampu mendisiplinkan diri untuk berbuka ala kadar. Justeru, Ramadan patut dijadikan bulan untuk memulih dan menjaga kesihatan. Kajian University of Medical Science Teheran ke atas sembilan lelaki dewasa yang sihat mendapati, mereka mengalami kekurangan berat badan di antara lima hingga tujuh kilogram sepanjang bulan Ramadan.

Kembali kepada berbuka puasa, apa yang pasti suasana di tanah suci jauh bezanya dengan di tanah air kita. Waktu berbuka memang hebat tetapi apabila tiba solat tarawih, lebih ramai yang selesa membuat lapan rakaat bukannya 20. Masa yang lain diisi dengan tazkirah atau tahlil. Apa pun itu hak individu kerana tarawih hanya ibadah sunat dan ia hanya datang sekali dalam setahun, bukannya setiap bulan. Namun lebih malang lagi ada yang berbuka sehingga lupa menunaikan solat maghrib sedangkan solat itu tiang agama. Firman Allah yang bermaksud: ‘‘Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya,’’ (An-Nisa:103)

Solat bukan sekadar ibadah malahan ia juga penting untuk kesihatan insan.

Bermula dengan mengambil wuduk yakni membersihkan diri sehinggalah pergerakan dalam solat, semuanya bermanfaat kepada kesihatan mental dan fizikal.

Menurut pakar kesihatan, sembahyang itu dapat membantu memetabolismekan (memproses) makanan yang dimakan ketika berbuka untuk digunakan sebagai tenaga (sehingga 200 kalori). Di samping itu ia juga bertindak sebagai senaman yang ringkas dan baik untuk menguatkan sistem kardiovaskular (jantung dan aliran darah).

Bayangkan jika selepas berbuka, kita melakukan pergerakan dalam solat maghrib tiga rakaat disusuli isyak (empat) seterusnya tarawih/witir (8+3 atau 20+3). Secara tidak langsung, kurangnya aktiviti bersenam pada siang hari dapat ditampung oleh solat.

Berdiri tegak untuk memulakan solat merupakan akupunktur yang bermanfaat bagi kesihatan di mana seluruh saraf menjadi satu titik pusat pada otak dan kedudukan ini melancarkan peredaran darah.

Rukuk juga dikatakan berupaya menyembuhkan penyakit. Ia dapat menghindari penyakit yang menyerang ruas tulang belakang yang meliputi ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tonggeng. Terdapat 17 jenis penyakit yang menyerang ruas tulang belakang.

Begitu juga sujud yang menyebabkan otot-otot menjadi lebih besar dan kuat terutama otot-otot dada. Paru-paru akan berkembang dengan baik dan dapat menyedut udara yang bersih. Sujud juga bermanfaat bagi otak kerana kepala berada pada posisi paling rendah, menyebabkan darah membawa banyak zat ke otak.

Begitulah serba ringkas mengenai ibadah yang dapat memanfaatkan kesihatan. Bagi mereka di tanah suci, bukan sekadar solat tarawih tetapi tawaf Baitullah dan sai antara Safa dan Marwah juga merupakan aktiviti yang menyihatkan. Maka beribadat bukan sekadar satu tanggungjawab tetapi membantu menjaga kesihatan kita.
TanSri
TanSri
Admin
Admin

Posts : 101
Join date : 2008-09-05
Age : 42
Location : Malacca,Perlis,Phuket,Liverpool,Tanjung Balai,Mekah

https://bicarapendidik.forumotion.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum