Bicara Pendidik
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tazkirah...

4 posters

Go down

Tazkirah... Empty Tazkirah...

Post  kekoh Thu Sep 18, 2008 10:00 am

Pesan Roh Kepada Manusia>> Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan> seluruh isi alam> sama ada dilangit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.> Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang> yang memandikan,> aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan> perlahan-lahan> sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".>> Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang> memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.> Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana> tubuhku terbakar> apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh> sekali lagi> merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau> menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan> keluarnya roh">> Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun> memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat> terlalu kuat serta> mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,> anak-anak,isteri> atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi> sampai Hari> Kiamat.>> Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: Demi Allah,wahai> jemaahku,aku> telah meniggalkan isteriku menjadi Balu.Maka janganlah kamu> menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah> kalian Menyakiti> mereka. Sesungguhnya pada> hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapatkembali> kepada mereka buat selama-lamanya".Sesudah mayat diletakkan> pada pengusung,> sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan> mempercepatkanmayatnya ke> kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak> saudara buat kali> terakhir.>> Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,roh pula> berpesan: "WahaiKekasihku, wahai saudaraku dan wahai> anak-anakku, jangan> kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan> janganlah kamu> lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku> tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan> sedikitpun> mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah> menghisabaku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan.> Dan mereka juga> tidak mahu mendoakan aku".>> Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang> melihat kubur> pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur> masing-masing.> Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka> mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam> keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai> ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:> "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana> petunjuk drpd> anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak> yang tidak> soleh dan tidak pernah mendoakan aku".> Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga.> Pada malam itu> juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang> dilihatnya dalam> mimpi mengenai bapa mereka.> Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di> hadapan Abi Qalabah> akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak> lama selepas itu,> Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya.> Bagaimanapun kali ini> jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada> matahari.>> Baginda Rasullullah S.A.W berkata:> Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah> satu kumpulan> malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka> menarik> rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai> kelutut. Setelah> itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik> roh dari lutut> hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu> kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga> sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali> datang lagi> satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya> hingga sampai> ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.">> Sambung Rasullullah S.A.W.lagi:>> "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat> Jibrail A.S.> akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang> yang nazak itu> dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang> beriman itu melihat> syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya.>> Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat> terus pandangannya> kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang> munafik,maka> Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang> yang nazak tu> dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang> itu tidak lagi> melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu> takutnya apabila> melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari> sebuah hadis bahawa> apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut> nyawanya maka> datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak> mencabut roh orang> mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut> orang mukmin itu> dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini> melalui jalan> ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir> kepada Allah> S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun> kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan> oleh lidah> orang mukmin itu.>> Lalu Allah S.W.T. berfirmanyang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu> cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut> mendapat perintah> Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang> mukmin dari arah> tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin> itu, keluarlah> usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata> tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang> mukmin dariarah ini,> tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap> kepala anak-anak> yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana> malaikat maut> gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka> malaikat maut> cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal> melakukan sebab> kaki berkata:> Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa> berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini> juga berjalan enghadiri majlis-majl! i! s ilmu." Apabila> gagal malaikat> maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba> pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri> telinga maka> telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana> telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."> Akhir sekali> malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata> tetapi baru saja> hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu> dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan> kitab-kitab> dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal> maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T.> berfirman> yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan> tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja> mendapat perintah> AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan> menunjukkan>> AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada> AllahS.W.T> maka keluarlah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.> Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah> ia keluar dari> jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:->> 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.>> 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.>> 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.>> 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga> mengikut kehendak> mereka.>> 5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak> di bumi dan> tidak di langit sampai hari kiamat.>> 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung> dari minyak misik.>> 7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa> berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.">> Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang> akan dijabat> tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:->> 1. Orang-orang yang mati syahid.>> 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.>> 3. Orang berpuasa di hari Arafah.>> Sekian untuk ingatan kita bersama.>> Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam> yang lain. Ilmu> yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang> mengajarnya meskipun dia sudah mati.
kekoh
kekoh
Cikgu Baru
Cikgu Baru

Posts : 48
Join date : 2008-09-15

Back to top Go down

Tazkirah... Empty Penggunaan Salam...Sila Baca

Post  kekoh Thu Sep 18, 2008 10:18 am

Janganlah kita menggantikan perkataan"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email .

Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'
kekoh
kekoh
Cikgu Baru
Cikgu Baru

Posts : 48
Join date : 2008-09-15

Back to top Go down

Tazkirah... Empty Gelang Orang Lelaki????

Post  kekoh Thu Sep 18, 2008 10:43 am

Pada kawan2 yg ada pakai gelang tu jgn marah hah. Sekadar berkongsi ilmu untuk renungan kita bersama. (artikel ni diposkan oleh salah seorang kawan yg juga 'bekas' pengamal gelang tangan berkenaan. Haram bagi lelaki Islam memakai gelang tangan tapi kalo nak pakai jugak maka kena la jadi antara tiga golongan yg diharuskan memakainya seperti yg dibawah sekali... p/s: takyah ler pakei gelang2 magnet tu. pakei 'spenda' udah ler... hahahaha!!! *Lelaki Haram Bergelang Tangan* Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir. Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini. Hakikatnya banyak cara lain yang boelh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka. Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. "Apakah bendanya ini"? Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad. Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2, pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam. Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb. *Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki*:- 1) Gelang Kayu koka 2) Gelang Kristal 3) Gelang Tasbih 4) Gelang Getah plastik 5) Gelang Besi magnet 6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia) *Jenis2 gelang yang diharuskan*:- 1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad) 2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis) 3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa. *Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini*. WAllahua'lam. Ustaz Zainuddin Hashim
kekoh
kekoh
Cikgu Baru
Cikgu Baru

Posts : 48
Join date : 2008-09-15

Back to top Go down

Tazkirah... Empty Inai Berukir (Ala Tatu gitu)

Post  kekoh Thu Sep 18, 2008 10:47 am

INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

1. Dari Ibnu Umar ra katanya: “ Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz : “ inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”.

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..

wallahu’alam…

* Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur.
kekoh
kekoh
Cikgu Baru
Cikgu Baru

Posts : 48
Join date : 2008-09-15

Back to top Go down

Tazkirah... Empty Kisah Antara Sheikh Hassan Al-Basri & Khalifah Harun Al-Rashid

Post  kekoh Thu Sep 18, 2008 10:51 am

Sewaktu menjelang hari perlantikan Harun Al Rashid menjadi khalifah, dia telah mengarahkan seorang Menterinya untuk mengutus surat jemputan kepada rakan-rakan rapatnya ke majlis meraikan perlantikannya. Dalam majlis tersebut, rakan-rakannya akan diraikan oleh Harun Al Rashid dengan jamuan yang lazat-lazat. Harun Al Rashid juga menghadiahkan kepada mereka dengan hadiah yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Antara yang dijemput ialah Hasan Al Basri. Setelah tarikh majlis keraian tersebut menjelang, kesemua jemputan pun hadir. Seperti dirancang, mereka diraikan dengan jamuan yang enak dan lazat, serta dihadiahkan dengan barangan yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Setelah hadirin bersurai, Harun Al Rashid mendapati ada satu hadiah yang masih tinggal dan tidak diberikan kepada jemputan. Maka bertanyalah Harun Al Rashid kepada Menterinya. Harun Al Rashid : Milik siapakah hadiah ini ? Apakah masih ada jemputan yang belum menerimanya ? Atau jemputan tersebut tidak sudi menerima hadiah ku ini ? Atau apakah ada jemputan yang tidak hadir ? Menteri : Wahai khalifah, sebenarnya ada seorang jemputan yang tidak hadir. Maka dengan itulah terdapat satu lagi hadiah yang tinggal. Harun Al Rashid : Siapakah jemputan yang tidak hadir tersebut ? Menteri : Hassan Al Basri, wahai khalifah. Harun Al Rashid terdiam sejenak setelah nama Hassan Al Basri disebut. Setelah berfikir sejenak, maka dia pun berkata kepada Menterinya. Harun Al Rashid : Akan aku tulis surat peribadi ku khas untuk Hassan Al Basri. Mungkin kerana dia seorang berilmu tinggi, maka dia inginkan jemputan khusus dan majlis untuknya yang khusus, baru dia senang menerima hadiah anugerah ku. Setelah ku tulis surat itu, kau pergilah ke madrasahnya dan serahkan sendiri surat itu ke tangannya. Harun Al Rashid pun menulis surat tersebut dan mengarahkan Menterinya untuk menyerahkan sendiri ke tangan Hassan Al Basri. Sang Menteri pun segera bertolak ke Madrasah Hassan Al Basri membawa surat tulisan tangan Harun Al Rashid, sambil diringi beberapa orang pegawai istana. Sewaktu Menteri tersebut sampai ke Madrasah, Hassan Al Basri sedang memberikan kuliah pengajian kepada murid-muridnya. Menteri tersebut terus berjalan menuju ke pintu madrasah.Hassan Al Basri, sewaktu terpandang Menteri dari istana datang menuju ke tempatnya berubah riak muka Hasan Al Basri. Dia terus memalingkan mukanya dari Sang Menteri dengan riak muka yang marah dan benci. Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri Tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya sambil memalingkan mukanya dari Sang Menteri. Seolah-olah Sang Menteri tidak wujud di situ. Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri Sang Menteri memberi salam buat kali ke-2. Masih tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya. Murid-muridnya juga berasa kehairanan. Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri. Kedatangan ku membawa surat peribadi milik Khalifah Harun Al Rashid. Sang Menteri memberikan salam buat kali ke-3. Maka berkatalah salah seorang murid tua kepada Hassan Al Basri. Murid : Wahai tuan guru, ada Menteri diutuskan khalifah kepada Tuan, membawa surat dari khalifah. Setelah mendengar kata-kata muridnya, barulah Hassan Al Basri menjawab salam Menteri tersebut. Hassan Al Basri : Salam (Jawab Hassan Al Basri ringkas dengan nada yang marah). Untuk apa kau ke mari ? Menteri : Kedatangan ku membawa surat peribadi tulisan tangan khalifah buat mu. Aku harap kau terimalah surat ini. Jawab Menteri, sambil menghulurkan surat tersebut kepada Hassan Al Basri. Hassan Al Basri apabila dihulurkan surat tersebut, dengan segera mengelak dan menepis, agar surat tersebut tidak menyentuh dirinya.Hal ini juga mengejutkan murid-muridnya. Murid : Wahai Tuan guru, apakah surat ini bernajis sehingga kau enggan menerimanya ? Kasihanilah Menteri ini kerana dia hanya menunaikan arahan Tuannya. Nanti dia pasti akan dihukum kerana kegagalannya menyampaikan surat Tuannya. Hassan Al Basri : Kalau begitu kau saja yang baca surat ini. Biar ku dengar. Maka muridnya pun mengutip surat tersebut yang jatuh ke lantai Madrasah. Lalu dibuka surat tersebut dan dibaca. Salam sejahtera buat sahabat ku, Sheikh Hassan Al Basri. Tujuan ku tulis surat ini, adalah untuk menjemput mu ke majlis meraikan perlantikan ku sebagai khalifah. Mungkin engkau sibuk sewaktu hari pertama perlantikan ku, maka engkau tidak sempat hadir ke majlis tersebut. Maka atas dasar persahabatan kita, maka akan ku adakan sekali lagi majlis keraian tersebut hanya buat mu. Akan ku jamu engkau dengan hidangan yang enak dan lazat. Dan akan ku anugerahkan kepada mu hadiah yang cantik dan mahal. Aku harap engkau akan hadir ke istana ku esok hari untuk majlis ini. Sekian. Daripada Khalifah Umat Islam, Khalifah Harun Al Rashid Dengan riak muka yang marah, dan nada yang tegas Hassan Al Basri mengarahkan muridnya. Hassan Al Basri : Kau tulis jawapan ku kepada Harun Al Rashid dibelakang suratnya. Salam, Harun, Apakah kau sangka dengan menjamu aku dengan hidangan enak dan lazat, serta anugerah hadiah yang mahal, mampu menjadikan aku menyokong perbuatan mungkar mu ? Tahukah kamu, perbelanjaan majlis meraikan perlantikan mu sebagai khalifah, datangnya dari pembiayaan Baitul Mal ? Engkau tergamak menggunakan harta Baitul Mal yang hakikatnya milik rakyat bagi membiayai majlis peribadi mu. Kau nafikan hak rakyat yang fakir dan miskin, anak-anak yang yatim dan piatu serta janda-janda yang tiada tempat bergantung. Kau biarkan mereka tidur dalam kelaparan bersama fikiran yang rungsing memikirkan, "Dimanakah akan ku cari rezeki keesokan hari ?" Di waktu yang sama, kau menjamu sahabat-sahabat mu dengan hidangan yang enak dan lazat walaupun mereka mampu mengenyangkan diri mereka sendiri dengan kekayaan mereka. Di waktu yang sama, kau anugerahkan mereka dengan hadiah yang mahal-mahal, sedangkan rakyat mu ada yang daif dalam kemiskinan. Kehidupan mereka tenggelam dalam lautan air mata penderitaan dan kesedihan akibat kemiskinan. Belum pun genap sehari engkau menjadi khalifah, sudah banyak dosa yang telah engkau lakukan. Amanah rakyat telah engkau khianati. Apatah lagi jika semakin banyak dan lama hari engkau memerintah, maka akan semakin banyaklah dosa dan kemungkaran yang bakal engkau lakukan. Apakah untuk ini engkau dijadikan Allah ? Mulai saat ini, jangan sesekali engkau melafazkan bahwa Hassan Al Basri adalah sahabat mu. Mulai hari ini dan saat ini, ku putuskan persahabatan ku dengan mu !!! Sekian. Hassan Al Basri Tersentuh hati Menteri mendengar ketegasan jawapan yang dilafazkan oleh Hassan Al Basri. Setelah murid Hassan Al Basri selesai menulis jawapan gurunya, surat tersebut pun diserahkan kepada Menteri untuk dikembalikan kepada Harun Al Rashid. Hassan Al Basri : Ambillah surat ini dan kembalikannya kepada Tuan mu. Menteri itu pun mengambil surat tersebut dan berlalu. Kata-kata Hassan Al Basri terus bermain di dalam hati dan fikirannya. Kini hatinya menjadi rungsing. Dalam perjalanan pulang ke istana, dia melalui pasar jualan. Di hentikan kudanya, dan turun sambil diiringi pegawai-pegawai yang mengikutinya. Lalu bekatalah Menteri tersebut kepada para pedagang di pasar itu. Menteri : Wahai para saudagar, mahukah kamu membeli jubah yang kupakai ini ? Jubah yang bermutu tinggi, lagi ranggi dan cantik ini merupakan anugerah Khalifah kepada ku sebagai salah seorang Menteri di istana. Akan ku jualkan kepada mu dengan harga yang murah. Para pedagang di pasar tersebut berasa hairan dengan kata-kata menteri tersebut. Berkatalah salah seorang daripada mereka. Pedagang : Mengapa engkau ingin menjual jubah kebesaran mu itu ? Berapakah harganya ? Menteri : Mengapa ingin ku jualkannya, adalah urusan ku dengan Tuhan ku. Harganya amat murah. Aku hanya memerlukan pakaian yang diperbuat dari kain yang kasar seperti yang dipakai oleh ahli sufi. Maka urusniaga itu pun berjalan lancar antara Menteri dan saudagar di situ. Setelah Menteri mengenakan jubah dari kain yang kasar, dia pun kembali ke istana untuk mengembalikan surat dari Hassan Al Basri. Setibanya Menteri di istana, dia terus pergi menemui khalifah dengan pakaiannya yang kasar dan murah. Harun Al Rashid tersentak kehairanan, melihat Menterinya berpakaian demikian. Lalu dia bertanya kepada Menteri. Harun Al Rashid : Mengapa engkau berpakaian demikian ? Ke manakah perginya jubah kebesaran mu sebagai seorang menteri di istana ku ? Menteri : Wahai khalifah. Sekembalinya aku dari Madrasah Hassan Al Basri, aku telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan ku sebagai Menteri. Maka ku tukarkan jubah kebesaran seorang menteri anugerah mu kepada pakaian yang kasar dan murah ini. Anggaplah aku membawa surat jawapan Hassan Al Basri merupakan tugas dan khidmat ku yang terakhir buat mu. Kerana selepas ini, aku akan mengikuti tuan ku yang baru, iaitu Tuan Hassan Al Basri. Agar aku dapat dididik untuk mentaati Allah dan Rasul Nya. Menteri itu pun menyerahkan surat jawapan Hassan Al Basri kepada Harun Al Rashid dan terus berlalu dari situ. Menteri itu telah pergi ke Madrasah Hassan Al Basri dan menjadi salah seorang muridnya.Harun Al Rashid, setelah menerima surat jawapan dari Hassan Al Basri, terus membuka dan membacanya. Tersentaklah Harun Al Rashid buat kali kedua di hari itu. Tidak disangka oleh Harun Al Rashid, jawapan yang diberikan oleh Hassan Al Basri amat tegas. Jawapan Hassan Al BAsri telah menyebabkan Harun Al Rashid menangis dan terus menangis. Tangisan keinsafan. Di beritakan, Sesudah peristiwa itu, Harun Al Rashid akan meletakkan surat Hassan Al Basri di sebelahnya sewaktu solat. Sesudah selesai solat, Harun Al Rashid akan membaca surat jawapan Hassan Al Basri dan terus menangis. Dia melakukan ini sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia menjadikan surat tersebut sebagai peringatan buat dirinya yang sering lupa agar dia tidak tergelincir dalam pentadbirannya. Maka tidak hairanlah, Harun Al Rashid merupakan salah seorang khalifah Abbasiah yang yang dikenali kewarakannya.
kekoh
kekoh
Cikgu Baru
Cikgu Baru

Posts : 48
Join date : 2008-09-15

Back to top Go down

Tazkirah... Empty Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut...

Post  kekoh Thu Sep 18, 2008 10:54 am

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas
memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah
kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap
sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah
tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati
semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat,
tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap
Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika
turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh
sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan
detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu
rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya,
Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya
yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang
menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang
berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang
membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata
sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

"Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini
aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi
bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan
sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malakul maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut
datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa
Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian
dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di
atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan
penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah
menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti
kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak
membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya
Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku
pernah
mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga
bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di
dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan
tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh
tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya
menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan
Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di
sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril
memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu
Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar
wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah
direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana
sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua
siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan
Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak
bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak
membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan
telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku,
peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah
di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar
bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah
menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali
mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai
kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku,
umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang
memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai
sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik
wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan
kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul
kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti
Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya
selain daripada itu hanyalah fana belaka.
Amin....
kekoh
kekoh
Cikgu Baru
Cikgu Baru

Posts : 48
Join date : 2008-09-15

Back to top Go down

Tazkirah... Empty Sembahyang Akhir Waktu...

Post  kekoh Thu Sep 18, 2008 11:21 am

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya Kisahnya....-. Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol disetiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan. Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya MasyaAllah..-. Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewatsembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit ke-dua. Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar amalan. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi, dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan. Dilangit ketiga, La, kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita. Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi. Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah.Seolah-olah kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya. Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak,ujian bertimpa-timpa. Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dahlahtu takde nilai, kena azab lagi nanti. Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau MahaPengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu. Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat di dunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak.Amin. Kepada yg selalu solat zohor hampir dengan waktu asar tu ... pikiaq2 sendiri naa.
kekoh
kekoh
Cikgu Baru
Cikgu Baru

Posts : 48
Join date : 2008-09-15

Back to top Go down

Tazkirah... Empty Jaga solat, selalu muhasabah diri‏

Post  kekoh Thu Sep 18, 2008 11:31 am

Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

� Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).

� Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

� Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.

� Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.

� Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.

� Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin
kekoh
kekoh
Cikgu Baru
Cikgu Baru

Posts : 48
Join date : 2008-09-15

Back to top Go down

Tazkirah... Empty Motivasi al-Quran: Hidup sempit jika tolak tazkirah‏

Post  kekoh Thu Sep 18, 2008 11:34 am

Tazkirah adalah satu pendekatan yang dianggap penting bagi menyampaikan mesej agama kepada manusia. Ia bertujuan memberi kesedaran tentang hakikat tanggungjawab diri manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi, iaitu mengajak manusia seluruhnya kepada yang makruf (perkara-perkara yang baik menurut pandangan Allah) dan mencegah mereka dari melakukan yang mungkar dan keji.
Peranan serta fungsi tazkirah tidak boleh dipertikaikan sejak wujudnya Nabi Adam a.s. di dunia ini hinggalah ia diperhebat serta dikemas-kini oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Berdasarkan Sirah Nabi Muhammad s.a.w., baginda telah berjaya melaksanakan tugasnya sebagai seorang nabi dan rasul dengan menyampaikan mesej daripada Allah iaitu sebagai penguasa (khalifah) dengan memastikan tazkirah sebagai wadah atau pendekatan yang cukup berkesan hingga ramai di kalangan mereka pada waktu itu yang beraliran jahiliyah bertukar kepada Islam. Ini semua hasil penerimaan mereka terhadap tazkirah yang disampaikan oleh baginda.

Bagi mereka yang menolak tazkirah seperti Abu Lahab dan Abu Jahal, mereka menemui kesudahan riwayat hidup mereka dengan mati dalam kesesatan dan dimasukkan dalam api neraka Allah di akhirat.

Sehubungan itu, Allah menjelaskan menerusi ayat 124 hingga 127 surah Taha yang bermaksud: �Sesiapa yang berpaling (menolak) daripada peringatan-Ku (Allah, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah dia, Wahai Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam buta, padahal aku dahulu (di dunia) adalah orang celik dapat melihat? Allah berfirman: Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat peringatan Kami, tetapi kamu melupakannya (menolak), dan begitu pula pada hari ini (Kiamat) giliran kamu pula dilupakan. Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. Dan sesungguhnya azab di akhirat itu lebih dahsyat dan kekal (tanpa berhenti).

Jelas daripada penjelasan ayat di atas, memberi kita panduan dan pedoman berguna, bahawa Allah SWT akan menghukum manusia yang ada dalam perasaan hati mereka rasa sombong untuk tidak menerima tazkirah (peringatan) yang boleh memotivasikannya menjadi manusia terbaik di sisi Allah SWT.

Justeru, apabila kita menyingkap kepada peninggalan sejarah generasi silam, kita dapati mereka yang berjaya bergelar ulama adalah mereka yang terdidik dengan menerima tazkirah sebagai alat memajukan mereka sebagai manusia yang sanggup berkorban untuk agama.
kekoh
kekoh
Cikgu Baru
Cikgu Baru

Posts : 48
Join date : 2008-09-15

Back to top Go down

Tazkirah... Empty Re: Tazkirah...

Post  cikgu razak Thu Sep 18, 2008 11:38 am

amboi banyaknya, kalau baca semua takdan nak pi terawih ni sunny
cikgu razak
cikgu razak
Cikgu Baru
Cikgu Baru

Posts : 15
Join date : 2008-09-15
Location : semadong, kangar, ipoh, jengka, satun, amazon, peru

Back to top Go down

Tazkirah... Empty Dosa Mengumpat‏ (Apatah lagi bulan puasa ni)

Post  kekoh Thu Sep 18, 2008 11:54 am

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabdanya bermaksud 'Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya' (Hadis Riwayat Muslim) Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia boleh disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. 'Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat' (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. 'wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri' (Hadis riwayat Abu Daud) Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : 'Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering'. Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah 'Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya'. Maka Allah menjawab :'Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui'. Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
kekoh
kekoh
Cikgu Baru
Cikgu Baru

Posts : 48
Join date : 2008-09-15

Back to top Go down

Tazkirah... Empty Re: Tazkirah...

Post  dato'M Thu Sep 18, 2008 12:08 pm

alhamdulillah
dato'M
dato'M
Cikgu Baru
Cikgu Baru

Posts : 52
Join date : 2008-09-15
Age : 44
Location : kuala perlis,chuping,padang besa,danoq,hatyai,songkla

http://www.google.com.my

Back to top Go down

Tazkirah... Empty Re: Tazkirah...

Post  TanSri Thu Sep 18, 2008 4:53 pm

cikgu razak wrote:amboi banyaknya, kalau baca semua takdan nak pi terawih ni sunny


Alhamdulillah...syukur masih ada sedara kita yg dapat mengingatkan kan kita kepada Allah.. sempat cikgu razak..baca lepas balik terawih Very Happy
TanSri
TanSri
Admin
Admin

Posts : 101
Join date : 2008-09-05
Age : 42
Location : Malacca,Perlis,Phuket,Liverpool,Tanjung Balai,Mekah

https://bicarapendidik.forumotion.net

Back to top Go down

Tazkirah... Empty Re: Tazkirah...

Post  dato'M Fri Sep 19, 2008 12:04 pm

Alhamdulillah...syukur masih ada sedara kita yg dapat mengingatkan kan kita kepada Allah.. sempat cikgu razak..baca lepas balik terawih Very Happy[/quote]

What a Face alhamdulillah
dato'M
dato'M
Cikgu Baru
Cikgu Baru

Posts : 52
Join date : 2008-09-15
Age : 44
Location : kuala perlis,chuping,padang besa,danoq,hatyai,songkla

http://www.google.com.my

Back to top Go down

Tazkirah... Empty Re: Tazkirah...

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum