Bicara Pendidik
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sekolah Bestari rapatkan jurang digital

2 posters

Go down

Sekolah Bestari rapatkan jurang digital Empty Sekolah Bestari rapatkan jurang digital

Post  TanSri Sun Sep 14, 2008 10:42 pm

Sekolah Bestari yang merupakan satu daripada aplikasi perdana, MSC Malaysia penting dalam usaha meningkatkan kadar celik IT di kalangan rakyat selain merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar.

Sekolah Bestari telah dilancarkan pada tahun 1997 dan diselaraskan pada tahun 1999.

Sebanyak 88 buah sekolah telah dipilih untuk menjadi nukleus kepada penyelarasan konsep, material, skil dan teknologi Sekolah Bestari yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran.

Namun, pada tahun 2005, analisis telah dijalankan terhadap sekolah-sekolah yang terlibat dan keputusan mendapati peruntukan kemudahan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan koordinasi yang diselaraskan serta tidak digunakan diuruskan dengan baik oleh beberapa sekolah.

Pada 2006 konsul IT kebangsaan telah mengesyorkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi mandat di atas cadangan Kementerian Pelajaran memberi tanggungjawab menyelaraskan konsep Sekolah Bestari terhadap 88 sekolah yang terpilih kepada Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).

Ini bagi memastikan tugas koordinasi sistem pengajaran, pembelajaran dan pengurusan terhadap sekolah-sekolah berlandaskan teknologi ICT dijalankan dengan lebih sistematik.
Sekolah Bestari rapatkan jurang digital Sekola10

Dalam pada itu, MDeC turut bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran dalam mengawas serta menwujudkan nilai tambah kepada program tersebut menerusi program penilaian Standard Kelayakan Sekolah Bestari.

Menerusi program tersebut setiap sekolah yang terlibat akan digred mengikut pencapaian yang diperoleh yang berpandukan kriteria yang ditetapkan.
TanSri
TanSri
Admin
Admin

Posts : 101
Join date : 2008-09-05
Age : 42
Location : Malacca,Perlis,Phuket,Liverpool,Tanjung Balai,Mekah

https://bicarapendidik.forumotion.net

Back to top Go down

Sekolah Bestari rapatkan jurang digital Empty Re: Sekolah Bestari rapatkan jurang digital

Post  dato'M Fri Sep 19, 2008 12:22 pm

kita bakal sk felda bestari
dato'M
dato'M
Cikgu Baru
Cikgu Baru

Posts : 52
Join date : 2008-09-15
Age : 44
Location : kuala perlis,chuping,padang besa,danoq,hatyai,songkla

http://www.google.com.my

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum